Perjalanan Malaysia masih jauh - PM - Utusan Malaysia

Perjalanan Malaysia masih jauh – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjalanan negara untuk mencapai matlamat Malaysia Madani untuk melaksanakan pelbagai anjakan dan reformasi untuk membela nasib rakyat serta melonjak ke tahap lebih tertinggi masih jauh untuk direalisasikan demi mencapai cita-cita tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, namun di sebalik perjalanan jauh tersebut tersirat pelbagai kejayaan antaranya peningkatan 5.3 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) suku ketiga 2024, kadar pengangguran yang rendah dan kejayaan membasmi kemiskinan tegar serta pengukuhan prestasi perdagangan.

Katanya, justeru itu kerajaan akan terus bekerja dan merangka lebih banyak inisiatif serta dasar demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah, semalam genap dua tahun Kerajaan Madani mentadbir negara dan melaksanakan pelbagai anjakan dan reformasi untuk membela kebajikan rakyat serta melonjak negara ke tingkat tertinggi.

“Namun perjalanan kita masih jauh untuk benar-benar merealisasikan visi Madani. Justeru, kerajaan ini akan terus bekerja dan merangka lebih banyak inisiatif dan dasar yang memihak rakyat terbanyak, Insya-Allah,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam, merupakan genap dua tahun pembentukan Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Anwar selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022.

Ia berlaku sejurus Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan keputusan Parlimen tergantung selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan, akhirnya sekali gus membuka ruang kepada kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di samping parti lain termasuk Parti Warisan Sabah.

Dalam hantaran Facebook, Anwar juga berkongsi pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun kedua pentadbiran Kerajaan Madani dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara.

Antaranya Sumbangan Tunai Rahmat (STR), Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menyaksikan peningkatan kenaikan gaji penjawat dan reformasi institusi serta pentadbiran menerusi pindaan Akta Audit 1957.

Sepanjang dua tahun, Anwar juga memperkenalkan Konsep Malaysia Madani yang menggariskan enam teras bagi mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, dasar ketelusan dan kerjasama.

Enam teras tersebut adalah kemapanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya