Perdana Menteri sumbang RM82,400 bantu mangsa banjir

Perdana Menteri sumbang RM82,400 bantu mangsa banjir Melaka

SHAMSUL ISKANDAR Mohd. Akin menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa banjir di Dewan Bunga Tanjung, Tanjung Minyak, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan bernilai RM82,400 bagi membantu seramai 313 mangsa banjir kilat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Pantai Kundor yang dilanda musibah itu, baru-baru ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin di Dewan Bunga Tanjung, Tanjung Minyak di sini, semalam.

Shamsul Iskandar berkata, perlu ada pendekatan komprehensif daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerajaan negeri bagi menyelesaikan bah yang melanda dua kawasan terlibat menerusi peruntukan Belanjawan 2025 sebanyak RM600 juta.

“Perdana Menteri amat prihatin dengan bencana banjir ini dan beliau mengambil isu ini dengan serius kerana setiap kali bencana berlaku, rakyat juga yang akan terjejas.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) paling tidak, perlu menyelesaikan masalah perparitan, longkang dan sebagainya supaya saliran air berjalan dengan baik agar tidak lagi berlaku banjir kilat,” katanya ketika ditemui.

Tambah Shamsul Iskandar, mangsa banjir dinasihatkan agar berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan pihak berkuasa bagi memudahkan penyaluran pelbagai bentuk bantuan kepada mereka.

Jelasnya, mangsa tidak berpindah tetap mendapat bantuan, namun tidak sebanyak mereka yang berdaftar di PPS.

“Saya hendak pesan kepada rakyat sekiranya terkena banjir patuhi arahan agensi keselamatan kerana ada yang tidak mahu pindah hingga menyukarkan kerja pihak keselamatan,” ujarnya.

Hujan lebat berterusan baru-baru ini menyebabkan banjir kilat di Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Kampung Bukit Datuk A dan Kampung Pantai Kundor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya