Percaya pelaburan Online, RM811,500 milik guru tadika lebur

Percaya pelaburan Online, RM811,500 milik guru tadika lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Nak cepat kaya, akhirnya rugi besar. Itu yang terjadi kepada seorang guru tadika yang kerugian RM811,500.00 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian atau Online.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita berusia 60 tahun membuat laporan polis semalam setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan atau scammer.

MOHAMMAD SHOFEE TAYIB

Katanya, menurut laporan yang dibuat, mangsa menyatakan minat membuat pelaburan (SPDR Finance dan Business Collage) melalui laman Facebook pada 25 Julai lalu.

Menurut beliau, suspek telah menawarkan keuntungan yang tinggi dan berkali ganda dengan kadar keuntungan 5 peratus hingga 20 peratus berdasarkan jumlah dilaburkan bermula pada 22 Oktober lalu.

“Mangsa yang percaya kepada kata-kata manis suspek telah membuat beberapa bayaran modal sehingga RM811,500.00 ke dalam akaun Mule yang diberikan suspek.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah wang modal dan komisen yang dijanjikan tidak dikembalikan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, walaupun pelbagai peringatan telah diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada orang ramai mengenai bahaya pelaburan tidak wujud, namun masih ada yang percaya.

“Orang ramai diminta lebih cakna dan mengambil tahu mengenai perkembangan jenayah  komersial bagi mengelak diri menjadi mangsa penipuan seperti itu,” ujar beliau.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan merujuk kepada pihak berkuasa sebelum membuat pelaburan di mana keuntungannya tidak ‘masuk akal’ dalam beberapa minit sahaja.

Menurut Mohammad Shofee, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan juga denda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya