CAMERON HIGHLANDS: Penutupan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands menyebabkan penurunan ketara kedatangan pelancong di tanah tinggi tersebut. Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A. Dilip Martin berkata, para peniaga tempatan pula menghadapi kerugian besar akibat penurunan ketara jumlah pelawat. “Selain itu, laluan alternatif melalui Tapah yang kini digunakan oleh kenderaan berat menimbulkan risiko keselamatan yang tinggi kepada pengguna kenderaan ringan, khususnya di jalan-jalan yang sempit dan berliku,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Sehubungan itu, Reach merayu Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pembukaan semula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya