Penjenayah rempuh kenderaan polis ditembak mati

Penjenayah rempuh kenderaan polis ditembak mati

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika sidang media, di sini, hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang penjenayah dengan sembilan rekod jenayah lampau yang bertindak agresif merempuh kenderaan polis, ditembak mati dalam kejadian di Jalan Persiaran Seremban 2/1, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pada kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang melakukan rondaan pencegahan di daerah ini dan terserempak dengan kereta jenis Mercedes berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.

Pasukan polis cuba menahan kenderaan berkenaan untuk membuat pemeriksaan, namun suspek berusia 38 tahun berasal dari Klang, Selangor itu bertindak, merempuh kenderaan pasukan polis.

“Beberapa das tembakan turut kedengaran dipercayai daripada kenderaan suspek dan sebagai langkah mempertahankan diri, pasukan polis melepaskan beberapa das tembakan dan telah berlakulah (kejadian) berbalas tembakan.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut mendapati satu lelaki warga tempatan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bantuan dari Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban dan pasukan paramedik mengesahkan lelaki tersebut meninggal dunia,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sepucuk pistol jenis Llama 9mm bersama dua anak peluru yang masih hidup di dalam kenderaan tersebut. 

Ujar Ahmad Dzaffir, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai lesen senjata api dan semakan rekod mendapati ada lapan rekod lampau dan satu rekod wanted bersabit dengan kes di Pulau Pinang, membabitkan enam kes dadah dan tiga lagi kes jenayah, serta satu kes wanted ini adalah kes jenayah terancang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut diteruskan bagi mengenal pasti sama ada suspek terlibat di dalam mana-mana kes di dalam negeri ini,” katanya.

Ahmad Dzaffir turut memaklumkan dalam kejadian tersebut, pasukan polis tidak mengalami kecederaan akibat tembakan, namun salah seorang anggota mendapat serangan jantung dan kini dirawat di HTJ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya