KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengimport telur gagal dalam samannya terhadap bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung ucapan berbaur fitnah yang mendakwa syarikat itu memperoleh kontrak secara rundingan terus daripada kerajaan untuk mengimport telur dari India. Hakim Mahkamah Tinggi, Leong Wai Hong memutuskan keputusan itu selepas menolak saman dikemukakan J&E Advance Tech Sdn. Bhd. selaku plaintif terhadap Mohamed Azmin yang dinamakan sebagai defendan tunggal. Dalam penghakimannya, Hakim Wai Hong berkata, plaintif gagal membuktikan semua elemen fitnah yang didakwa dibuat oleh defendan. Dengan keputusan itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya