PETALING JAYA: Tindakan tegas kerajaan menggantung Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mampu menangani kelemahan dan kepincangan dalam sektor pertanian di negara ini.
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu yang menyokong penggantungan tersebut yakin tindakan sedemikian dapat memastikan menteri bertanggungjawab memainkan peranan sewajarnya dalam memastikan organisasi terbabit berada di landasan sepatutnya.
“Usaha diambil seiring dengan hasrat ke arah pemerkasaan tatakelola yang baik bagi sebuah organisasi besar seperti Nafas dengan gagasan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami percaya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, akan mengambil segala langkah proaktif, tegas dan berani bagi Menyusun semula organisasi NAFAS dan meletakkan di landasan yang betul,” katanya dalam kenyataan hari ini.
NAFAS sebelum ini digantung Pendaftar Pertubuhan Peladang berkuatkuasa Jumaat lalu.
Arahan penggantungan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amir Matamin, selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).
Dalam tempoh penggantungan itu, Jemaah Pengarah dan pihak pengurusan NAFAS tidak mempunyai kuasa seperti diperuntukkan dalam perlembagaan pertubuhan itu