Penganjur enggan tanggung rugi, batal konsert Aisha Retno kerana jualan tiket tidak memberangsangkan - Utusan Malaysia

Penganjur enggan tanggung rugi, batal konsert Aisha Retno kerana jualan tiket tidak memberangsangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Adalah tidak adil untuk menyalahkan sebelah pihak sahaja sekiranya satu-satu konsert itu terpaksa dibatalkan.”

Demikian respons pengasas Kharisma Music International, Yuka Kharisma selaku penganjur Aisha Retno Malam Sutera Live in Concert yang dibatalkan, baru-baru ini.

Jelas Yuka, keputusan membatalkan konsert itu adalah hasil perbincangan pihak penganjur yang dibuat selepas jualan tiket yang tidak memberangsangkan.

“Memang kalau boleh kita mahu konsert ini dilaksanakan. Tetapi sayangnya, jualan tiket tidak memberangsakan.

“Sebagai penganjur, kami tak mahu tanggung kerugian.

“Jadi, konsert ini dibatalkan dan kami tidak merancang untuk menunda, atau meneruskannya di masa akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kharisma Music International menerusi Instagram rasminya mengumumkan pembatalan konsert sulung Aisha Retno atas faktor jualan tiket yang tidak memberangsangkan selain keputusan pengurusan Aisha yang enggan konsert itu ditunda.

Pihaknya juga memaklumkan pembeli tiket sudah dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut dan wang mereka akan dikembalikan dalam tempoh 7 hingga 14 hari.

Pembatalan konsert berkenaan mencetuskan pelbagai respons termasuklah rasa kecewa peminat yang mahu melihat penyanyi berbakat besar itu muncul dengan konsert solo.

Terdapat juga peminat yang menuding jari dan menyalahkan penganjur atas pembatalan konsert berkenaan.

“Pada saya, cara konsert ini dikendalikan, amat mengecewakan. Kerja promosi yang amat minimal, jualan tiket terjejas, dan kemudian dibatalkan pada saat akhir?

“Penganjur tak buat kerja dengan baik, tapi sekarang Aisha pula yang kena kecam? Adalah tidak adil dia diserang kerana sesuatu yang diluar kawalannya,” tulis seorang netizen.

Sementara itu, Aisha, menerusi beberapa hantaran di Instastory, memberi bayangan dia terkesan dengan pembatalan konsert itu.

“Jalan terus walaupun sakit ya,” tulisnya.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklum balas Aisha mengenai isu berkenaan bagaimanapun tidak berhasil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN