JAKARTA: Beberapa syarikat penerbangan menyambung semula perkhidmatan ke Bali hari ini, selepas membatalkan perjalanan ke dan dari pulau peranginan Indonesia itu akibat letusan besar di gunung berapi berhampiran. Menurut Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Bali, sebanyak 83 laluan antarabangsa dibatalkan semalam, selepas Gunung Lewotobu Laki-Laki memuntahkan debu setinggi sembilan kilometer ke udara. Gunung berapi tersebut meletus lebih 12 kali sejak dua minggu lalu, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang dan memaksa ribuan yang lain berpindah. Qantas Australia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dan Jetstar menyambung semula perkhidmatan mereka ke Bali. Katanya, dua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya