Pendidikan peringkat awal mampu sekat jadi mangsa pedofilia

Pendidikan peringkat awal mampu sekat jadi mangsa pedofilia

HANIFF KHATRI ABDULLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab sosial serta memperkukuh penguatkuasaan sekatan kandungan berbahaya dalam media sosial perlu di­tingkatkan untuk melindungi kanak-kanak dijadi mangsa pedofilia.

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, negara tidak memerlukan akta baharu kerana undang-undang sedia ada sudah memadai termasuk undang-undang ke­terangan kanak-kanak, Kanun Keseksaan dan akta berkaitan seksual.

Menurut beliau, fokus utama juga sepatutnya adalah pada pendi­dikan mentaliti masyarakat dari peringkat rendah untuk memahami nilai moral dan tanggungjawab sosial.

“Mengehadkan umur penggunaan media sosial juga bukanlah penyelesaian yang sesuai, kerana akses kepada internet juga penting untuk tujuan pendidikan.

“Risiko akses kepada kandungan pedofilia atau seksual boleh diuruskan dengan lebih baik melalui sekatan dari sumber pusat, bukannya menghalang akses bagi kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan kekangan akta berkaitan kanak-kanak menjadi faktor utama kes pedofilia berleluasa di negara ini akibat kegagalan pihak berkuasa menghalang bahan berkaitan diakses oleh orang ramai.

Dalam pada itu, pensyarah Jabatan Amalan Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Abdul Rani Kamarudin berkata, negara mempunyai akta untuk melindungi kanak-kanak, tetapi ia perlu lebih kepada pendekatan penguatkuasan yang lebih baik.

Jelasnya, selain akta kanak-kanak, terdapat juga akta lain yang boleh digunakan seperti Kanun Keseksaan, yang le­bih khusus untuk melindungi kanak-kanak.

“Selain itu, terdapat kesukaran dalam melaksanakan had umur penggunaan media sosial kerana sebarang perubahan undang-undang perlu ditentukan melalui dasar kerajaan.

“Setakat ini, kawalan terhadap media sosial telah dibuat melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, tetapi ini meliputi semua pengguna termasuk dewasa dan bukan hanya kanak-kanak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya