Pencemaran Sungai Lereh: Syarikat konsesi dirujuk ke KPKT

Pencemaran Sungai Lereh: Syarikat konsesi dirujuk ke KPKT

RAIS Yasin (dua dari kanan, depan) menunjukkan aliran air tercemar yang dipercayai keluar dari Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri akan merujuk sebuah syarikat konsesi pengendali Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang di sini yang dipercayai menyebabkan pencemaran Sungai Lereh kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk tindakan lanjut.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, tindakan tegas itu diambil selepas syarikat berkenaan berulang kali melakukan kesalahan sama, meskipun telah dikompaun beberapa kali.

Tegas beliau, kesalahan itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana Melaka hanya mempunyai satu tapak pelupusan sampah dan memudaratkan rakyat jika tidak diuruskan dengan baik.

“Sebelum ini tindakan telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri. Banyak kali notis diberi dan denda dikenakan tetapi masalah pencemaran tetap berlaku.

“Saya akan pergi (bawa) perkara ini ke peringkat KPKT agar tindakan segera diambil. Kita sudah buat surat dan menyerahkan sepenuhnya kepada kementerian,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia Bagi Pengukuhan dan Peningkatan Hasil PBT Siri 2.0 di sini, semalam.

Terdahulu, Rais bersama beberapa agensi seperti BKSA dan JAS melakukan tinjauan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang bagi memeriksa punca pencemaran Sungai Lereh.

“Air kotor kehitaman ini masuk ke sungai-sungai kecil yang akhirnya menuju ke Sungai Lereh. Akibatnya puluhan pesawah dan penduduk sekitar terjejas.

“Saya sudah bawa isu ini untuk perhatian pihak berwajib tahun lalu, namun gagal menemui bukti kukuh. Kali ini kita dapatmengambil sampel air tercemar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya