Pencemaran sisa ubat jejaskan jantina hidupan air

Pencemaran sisa ubat jejaskan jantina hidupan air

sungai
Sungai Langat dikesan mengalami pencemaran antaranya ekoran terdapat sisa buangan ubat-ubatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pencemaran sisa kimia daripada pelbagai jenis ubat bukan sahaja mengancam kualiti air Sungai Langat di Selangor, malah menjejaskan jantina hidupan di saliran ini.

Timbalan Pengarah Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Munira Muhammad berkata, hasil dapatan mengenai kandungan sungai ini pernah didedahkan berhubung bahaya kualiti air di situ mengakibatkan sebahagian besar ikan berubah menjadi transgender.

Menurut beliau, menerusi kajian itu juga mendapati antara punca pencemaran ialah sikap masyarakat tidak bertanggungjawab membuang sesuka hati aneka ubat sehingga menyebabkan kesan buruk ke atas kesihatan manusia kerana sepanjang Sungai Langat menempatkan tujuh buah loji rawatan air.

“Penyelidikan oleh pelbagai pakar luar turut menyenaraikan kekotoran sungai tersebut sehingga menduduki tangga ke-20 paling tercemar dengan bahan kimia.

“Masyarakat digesa untuk membuang ubat yang tidak diingini kepada lebih 700 premis farmasi di seluruh negara bagi dilupuskan secara lestari dan selamat.

“Saya rayu tolong jangan buang dalam sinki, tandas, longkang atau tong sampah tetapi hantar kepada mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya pada Bengkel Bersama Media bersempena Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob (AMR) Sedunia di sini.

Malah tegasnya, setiap farmasi di klinik dan hospital termasuk swasta turut menyediakan kotak pemulangan segala jenis ubat yang tidak dihabiskan pesakit untuk dimusnahkan.

Langkah kecil itu kata Munira bukan sahaja menyelamatkan ekosistem bumi, tetapi membantu makhluk marin menikmati kehidupan yang lebih baik bebas pencemaran toksik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya