Pementasan teater makyung tarik minat golongan muda­

Pementasan teater makyung tarik minat golongan muda­

SEBAHAGIAN anak muda yang menonton pementasan teater Mak Yong Raja Tangkai Hati di Universiti Pendidikan Sultan Idris, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Pementasan teater Mak Yong Raja Tangkai Hati menarik minat pelajar dan golongan muda menontonnya.

Pementasan itu mendedahkan mereka mengenai kekayaan seni warisan tradi­sional Melayu.

Mohammad Azriezal Ahmad, 21, berkata, sebagai pelajar kesusasteraan Melayu, pen­dedahan ilmu melalui pementasan sebegini amat diperlukan.

“Pementasan teater ini menambahkan pengetahuan saya mengenai seni dan warisan Melayu, sesuai dengan jurusan kesusasteraan Melayu yang saya ambil,” katanya.
V. Kethana, 19, memberi­tahu, menonton pementasan tradisional makyung merupakan pengalaman pertama ba­ginya.

“Walaupun terdapat sedikit kekangan dalam memahami bahasa dialek Kelantan digunakan, tapi sekurang-kurang­nya penonton mempelajari adat dan budaya negeri lain,” katanya.
Ee Hui Wen, 20, pula berkata, sebelum ini dia langsung tidak tahu apa itu makyung.

Katanya, selepas menonton pementasan tersebut, dia menyedari negara ini kaya dengan seni warisan tradisonal.

“Lebih membanggakan apabila sebahagiannya diiktiraf dunia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya