Pembuli akan dibuang, wajib bayar balik kos belajar di UPNM

Pembuli akan dibuang, wajib bayar balik kos belajar di UPNM

MOHAMED Khaled Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hukuman ke­ras termasuk dibuang dan wajib membayar balik semua kos tanggungan sepanjang pengajian di Universiti Pertahanan Na­sional Malaysia (UPNM) akan dikenakan terhadap pelajar yang bersalah dalam jenayah membuli.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan itu disifatkan wajar bagi mengelakkan kes-kes buli di UPNM terus berulang.
Menurut beliau, kementerian tidak sama sekali berkompromi termasuk menyembunyikan kes-kes buli yang berlaku di UPNM.

“Kita tidak berkompromi soal disiplin sebab orientasi dan ragging bukan benda baharu tetapi tidaklah pula sampai melibatkan kekerasan.

“Kita akan mengambil tindakan tegas termasuk memberhentikan dan kita akan tuntut supaya bayar balik tanggungan yang telah kita berikan sepanjang masa mereka melalui latihan sebagai seorang pegawai kadet,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian Pertahanan 2024, di sini semalam.

Mohamed Khaled berkata, hukuman terhadap pelajar yang terlibat dalam kes penderaan di UPNM itu akan ditentukan selepas semua siasatan selesai.

Dalam pada itu, beliau berkata, adalah tidak wajar memberi pelbagai gelaran terhadap institusi tersebut walaupun berlaku beberapa kes buli.

“Tidak wajar labelkan UPNM dengan pelbagai gela­ran sebab di universiti ini ia bukan hanya menampung untuk pegawai kadet (tentera) tetapi mempunyai pelajar daripada orang awam.

“Kalau kita lihat jumlah pelajar ada dalam 4,200. Daripada jumlah itu ketika ini terdapat 957 pegawai kadet atau satu perempat daripada mereka ditaja Kementerian Pertahanan,” jelasnya.

Sementara itu Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan telah melaksanakan penambahbaikkan membabitkan pentadbiran dan pengurusan pelajar UPNM.

Menurut beliau, antara langkah yang diambil ter­masuk mengasingkan penginapan asrama pelajar senior dan junior.

Selain itu, konsep latihan roll call bagi pelajar tahun satu turut diasingkan daripada pelajar senior di institusi ber­kenaan.

“Kita telah asingkan mereka sejak Januari 2024 lagi. Selain itu kita telah memasang kamera litar tertutup (CCTV).

“Justeru kita berharap pengurusan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK)-UPNM akan lebih tegas agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi,” kata beliau. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya