Pemberian lesen 5G kepada U Mobile, kebebasan bersuara media sosial tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Utusan Malaysia

Pemberian lesen 5G kepada U Mobile, kebebasan bersuara media sosial tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan mengenai pemberian lesen kepada U Mobile Sdn. Bhd. bagi pelaksanaan kedua 5G.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman web Parlimen, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menuntut penjelasan Menteri Komunikasi pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri, berikutan 48.28 peratus ekuiti U Mobile dipegang oleh syarikat asing dari Singapura iaitu Straits Mobile Investment Pte Ltd.

Selain itu, pada sesi sama, Ahli Parlimen Merbok mengajukan soalan berhubung punca sebenar kejadian seorang remaja maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menggunakan soket di dalam sebuah ekspres di Terminal Bas Penang yang berlaku baru-baru ini.

Dalam sesi soal jawab pula, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan meminta Menteri Komunikasi menyatakan hala tuju kementerian dalam aspek kawal selia platform media sosial dan bagaimana untuk mengimbanginya dengan hak kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat.

Sesi diteruskan dengan pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohamed Taufiq Johari yang meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan inisiatif yang sedang diambil oleh kementerian untuk memberikan perlindungan yang sama rata kepada pekerja gig di Malaysia, seperti memastikan pekerja gig mendapat akses kepada faedah penting seperti simpanan persaraan dan insurans kesihatan.

Di samping itu, Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas minta Menteri Pertahanan menyatakan sejauh manakah pihak kerajaan telah mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pertahanan negara ke arah mengatasi jurang keupayaan AI dalam sektor pertahanan serta kajian perbandingan dengan negara-negara jiran di rantau ini.

Persidangan Dewan Rakyat kemudian disusuli Ahli Parlimen menyambung semula perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 yang memasuki hari ke-10 dan seterusnya Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air membentangkan RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali yang kedua.

Perdana Menteri pula dijangka membentangkan tiga RUU iaitu RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

Minggu ini merupakan minggu terakhir bagi sesi perbahasan peringkat dasar dan diikuti sesi penggulungan oleh menteri dari setiap kementerian selama empat hari bermula semalam (6 November).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya