Pembantu pengembala dijel rosakkan harta Sultan Johor

Pembantu pengembala dijel rosakkan harta Sultan Johor

MUHAMMAD Qamarulazim Samad dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi tuduhan menceroboh dan merosakkan harta benda milik Sultan Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu pengembala lembu dan kambing dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam selepas mengaku bersalah menceroboh masuk kawasan kediaman dan merosakkan harta benda Sultan Johor pada September lalu.

Tertuduh, Muhammad Qamarulazim Samad, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Qamarulazim didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki kediaman kepunyaan Sultan Johor yang digunakan sebagai tempat simpan harta dan melakukan khianat, iaitu merosakkan kunci pintu rumah di Jalan Kluang, di sini pada pukul 9.30 pagi, 23 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan bagi kesalahan mencuri yang dilakukan kali kedua atau seterusnya boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd. Sharip memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh serta orang ramai agar tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.

Tertuduh yang diwakili oleh peguam bela, Siti Farha Garieb daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu agar tempoh reman bermula 24 September lalu turut diambil kira sebagai hukuman kesalahan kepada tertuduh kerana itu adalah kesalahan pertama selain masih muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya