KUALA LUMPUR: Tindakan blok pembangkang yang enggan berunding dalam berhubung penyaluran peruntukan menyebabkan perkara tersebut tertangguh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengenai pemberian peruntukan mengenepikan kenyataan bahawa beliau berunding dengan kerajaan sewaktu menjadi Ketua Pembangkang sebelum ini.
Kata beliau, dirinya mewakili pembangkang mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri ketika itu dan hanya menerima draf yang dipinda, bukan draf awal.
“Larut pun sedia maklum bahawa pandangan kita kepada Timbalan Perdana Menteri II (Datuk Seri Fadillah Yusof) (adalah) jelas, (hanya) harus berunding.
“Tetapi nampak pembangkang keengganan berunding itu menyebabkan hal ini tertangguh. Jadi kalau Pendang umpamanya bersetuju menjadi salah seorang perunding, boleh runding segera dan saya kalau boleh bersetuju (maka) kita terima,” katanya sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai isu penyaluran peruntukan.
Terdahulu, Fadillah yang juga merupakan Ketua Whip Kerajaan memaklumkan hanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang memberi maklum balas terhadap memorandum persefahaman (MoU) penyaluran peruntukan.
Beliau berkata, pembangkang sudah membuat ketetapan menolak MoU tersebut namun dirinya bersedia untuk melakukan rundingan secara terus dengan mana-mana ahli Parlimen pembangkang.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengambil sikap positif berhubung penilaian gred ‘D’ yang diberikan oleh Bersih terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya.
“Tidak mengapalah Bersih bagi ‘D’ tapi bukan ‘F’. Mudah mudahan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) ‘D’, SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) nanti naiklah ‘A’. Insya Allah, (kerajaan masih) baru sangat,” katanya.