BUKIT MERTAJAM: Pemandu treler kontena yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian seorang wanita di Jalan Kebun Sireh, Bukit Tengah semalam direman empat hari sehingga 17 November ini. Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, semalam. Kelmarin, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris mengesahkan kemalangan yang berlaku pukul 9.30 pagi itu melibatkan sebuah treler kontena, lima buah kereta dan sebuah lori. Treler dipandu lelaki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya