Pekebun redah banjir petik timun

Pekebun redah banjir petik timun

RAZALI Hamzah meredah air untuk memetik timun selepas kebunnya di Kampung Tersusun Rantau Panjang, Hulu Dungun, Dungun, semalam. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pekebun di Kampung Tersusun Rantau Panjang, Hulu Dungun, dekat sini, meredah air sedalam kira-kira satu meter untuk memetik timun di kebunnya selepas dinaiki air, semalam.

Razali Hamzah, 57, berkata, dia dan isterinya, Zariah Putih, 53, mendayung sampan dan meredah banjir sejak pukul 8 pagi untuk mengutip hasil tanaman sebelum kebun seluas 0.8 hektar itu terus ditenggelami banjir.

“Saya tanam 2,000 batang pokok timun kecil dan besar secara gantung. Masa kami sampai di kebun pagi tadi (semalam) air hanya paras lutut.

“Kami hanya mengutip timun sekadar yang mampu sebab air naik begitu cepat. Tak sampai beberapa jam air sudah paras pinggang,” katanya ketika ditemui di kebunnya.

Razali berkata, dia sempat memetik kira-kira 100 kilogram timun berbanding kebiasaannya sebanyak 300 kilogram sehari.

“Bergenang air mata bila tengok banyak timun yang belum sempat dipetik. Saya ingatkan sempat tuai hasil sebelum banjir, namun jangkaan saya meleset,” katanya.

Menurutnya, dia menjangkakan kerugian besar berikutan banyak timun yang tidak sempat dipetik.

“Biasanya saya memetik timun yang telah matang dalam tempoh sebulan. Namun, kali ini baru sahaja seminggu saya kutip hasil, kebun dilanda banjir.

“Kali ini, mungkin saya dan isteri akan kerugian besar kerana kebun kami berada di kawasan agak rendah berhampiran Sungai Dungun,” katanya.

Menurutnya, dia hanya memilih timun yang berkualiti untuk dijual kepada pemborong di sekitar negeri ini dengan harga RM25 hingga RM45 untuk satu kilogram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya