Pejalan kaki warga asing maut dilanggar kereta - Utusan Malaysia

Pejalan kaki warga asing maut dilanggar kereta

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pejalan kaki warga asing maut selepas dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian di jalan 16 Perindustrian Ehsan Jaya Menghala Sungai Buloh dekat sini semalam.

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima satu makluman berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta yang terbabas sebelum melanggar seorang pejalan kaki pada pukul 7.57 malam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pukul 6.20 petang selepas lelaki warga tempatan berusia 27 tahun memandu dari Desa Aman Puri menuju Bukit Rahman Putra.

Kata beliau, setiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan dipercayai terbabas dan melanggar pejalan kaki yang berada di sebelah kiri jalan.

“Pejalan kaki berusia 38 tahun itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Selayang.

“Pemandu itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Ariffin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.

“Mereka juga boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya