Pecah masuk dua tokong, curi wang derma dan patung berhala

Pecah masuk dua tokong, curi wang derma dan patung berhala

SEBUAH tabung derma besi berwarna merah yang dipercayai dicuri suspek dari Tokong Wooh Fang Jong, Bemban, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Wang tunai dan sebuah patung berhala berwarna emas merupakan antara barangan yang disyaki dilarikan seorang lelaki berusia 23 tahun dari dua buah tokong di Bemban di sini, minggu ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, selain wang tunai dan patung berhala, suspek turut dipercayai mencuri dua karton minuman keras dari Tokong Phek Chin dan sebuah tabung derma besi berwarna merah dari Tokong Wooh Fang Jong.

Ujarnya, kecurian itu disedari wakil Tokong Phek Chin kira-kira pukul 6 pagi Isnin lalu ketika membuat pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan umpil pada tabung derma.

“Semalam pula kira-kira pukul 8 pagi wakil tokong telah terima maklumat dari penduduk yang ingin bersembahyang di Tokong Wooh Fang Jong yang mana tabung derma diletakkan di ruang legar telah tiada.

“Kita berjaya mengesan dan menangkap suspek pada pukul 11.30 malam semalam. Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dengan kejadian yang berlaku di Tokong Wooh Fang Jong,” katanya.

Tambah Ahmad Jamil, polis turut menemukan dan merampas tabung yang dilaporkan hilang di Tokong Wooh Fang Jong.

Jelasnya, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah, lima kes narkotik dan dua rekod dikehendaki polis.

“Hasil ujian saringan air kencing juga didapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Permohonan reman telah dipohon dan dibenarkan selama enam hari bermula hari ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya