PDRM perlu lengkapkan siasatan kematian Teoh Beng Hock – Hakim

PDRM perlu lengkapkan siasatan kematian Beng Hock – Hakim

KELUARGA mendiang Teoh Beng Hock
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diperintah melengkapkan siasatan berhubung kematian bekas Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 15 tahun lalu.

Ketika itu, mendiang adalah Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kini Hakim Mahkamah Rayuan) ketika membaca penghakiman ringkasnya membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh ibu bapa mendiang Beng Hock bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya pihak polis melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka, pada tahun 2009.

Ketika membaca keputusan, Wan Ahmad Farid berkata, mahkamah mendapati tuntutan yang diminta oleh ibu bapa mendiang selaku pemohon, merupakan dalam domain undang-undang awam.

Bagaimanapun, menurut beliau, tiada bukti dikemukakan kepada mahkamah bagi menunjukkan bahawa kelewatan melengkapkan siasatan adalah disebabkan niat jahat responden.

“Kesalahan yang perlu disiasat adalah berhubung dakwaan Beng Hock dikurung secara salah mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan. Sekiranya diambil kira sejak siasatan pasukan khas kali ketiga, pada 2019, ia masih lagi melebihi lima tahun penyiasatan.

“Dalam apa jua keadaan sekalipun, kelewatan tersebut adalah melampau. Siasatan tidak dijalankan dengan pantas. Alasan pihak responden berhubung kegagalan melengkapkan siasatan itu langsung tidak munasabah sehingga tidak boleh diterima oleh logik akal.

“Bagaimanapun, mahkamah tidak akan membuat sebarang penghakiman berhubung dakwaan niat jahat yang dimohon oleh pemohon terhadap kesemua responden,” kata Hakim Wan Ahmad Farid.

Pada 16 Jun 2022, ibu bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee dan isterinya, Teng Shuw Hoi memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman selepas Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal Pejabat Peguam Negara.

Dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman itu, mereka menamakan Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, PDRM dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.

Pada 16 Jun 2022, ibu bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee, 75, dan isterinya Teng Shuw Hoi, 70, memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman selepas Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal Pejabat Peguam Negara.

Dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman itu, mereka menamakan Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, PDRM dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga keempat.

Melalui permohonan yang difailkan pada 4 Januari tahun lalu, pasangan itu memohon perisytiharan bahawa kegagalan responden pertama, kedua dan ketiga untuk melengkapkan siasatan berhubung kematian anak mereka dalam jangka masa munasabah, melanggar Seksyen 20(3) Akta Polis 1967.

Mereka juga menuntut perisytiharan bahawa PDRM cuai serta cuba menafikan hak perlembagaan mereka di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan (kesamarataan di sisi undang-undang).

Selain itu, mereka memohon perintah mandamus supaya Ketua Polis Negara melengkapkan siasatan kematian mendiang dalam tempoh sebulan dari tarikh penghakiman.

Pada 5 Januari 2011, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Beng Hock pada tahun 2009 bukan disebabkan membunuh diri atau dibunuh serta mendapati tiada pihak ketiga terbabit dalam kematiannya.

Pada 21 Julai 2011, RCI memutuskan bahawa kematiannya adalah akibat membunuh diri.

Pada 5 September 2014, Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Beng Hock dan memutuskan bahawa kematiannya akibat tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya