PDRM beri kupon diskaun dalam talian elak kaunter bayaran saman sesak - Utusan Malaysia

PDRM beri kupon diskaun dalam talian elak kaunter bayaran saman sesak

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan kupon diskaun khas kepada pengunjung Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 hari ini bagi melancarkan operasi pembayaran saman di kaunter.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kupon itu dapat digunakan bagi menjelaskan saman secara dalam talian yang membantu menjimatkan masa dan mengurangkan kesesakan di kaunter pembayaran secara fizikal.

Kata beliau, pembayaran boleh dibuat melalui aplikasi MyBayar PDRM atau laman web https:mybayar.rmp.gov.my/en/main.

“Namun mereka perlu hadir ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk mendapatkan kupon diskaun ini.

“Tawaran diskaun 60 peratus berakhir petang ini, dan saya menyeru orang ramai untuk memanfaatkan beberapa jam terakhir ini untuk menyelesaikan saman trafik mereka termasuk mengambil kupon diskaun yang hanya sah hari ini,” katanya di sini.

Mohd Yusri berkata, setakat ini, polis mencatatkan kutipan saman berjumlah RM2.1 juta pada hari pertama dan kedua 2TM manakala jumlah keseluruhan kutipan dijangka diumumkan esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya