PATI warga Thailand ceroboh negara untuk berburu ditahan

PATI warga Thailand ceroboh negara untuk berburu ditahan

TDM menahan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand selepas menceroboh masuk ke negara ini untuk berburu di Tanah Merah, Kelantan-IHSAN TDM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand selepas menceroboh masuk ke negara ini untuk berburu kelmarin.

Lelaki berusia ditahan pada pukul 10.30 malam semasa anggota TDM melakukan tugasan rutin di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, semasa melakukan rondaan itu TDM telah menahan suspek yang cuba bersembunyi di laluan lorong hutan di sini.

Menurutnya sejurus ditahan anggota bertugas telah melakukan pemeriksaan dan mendapati warganegara Thailand itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah masuk ke negara ini.

“Lelaki berkenaan telah memasuki Malaysia dengan menyeberangi Sungai Golok.

“Hasil soal siasat mendapati, suspek memberitahu tujuan dia masuk ke negara ini untuk berburu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai selaras senapang angin, sebilah kapak kayu dan parang. 

Katanya, turut ditemukan bersama lelaki itu ialah pita pengukur, guli, gas senapang angin, lampu kepala dan sebotol air ketum.

“Beberapa keping matawang Myanmar turut ditemukan. PATI telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

“TDM akan terus memperketatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya kemasukan PATI,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya