PATI warga Bangladesh dicekup semasa naik bas kilang

PATI warga Bangladesh dicekup semasa naik bas kilang

BRIGED Tenggara PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Taktik tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh menaiki bas kilang dengan tujuan mengaburi mata anggota penguat kuasa gagal selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sekatan jalan raya (SJR) Lalang Pepuyu di sini semalam.

Kesemua PATI itu ditahan pada pukul 10.40 malam oleh PGA menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas ketiga-tiga warga Bangladesh itu mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah. 

“Kesemua PATI itu dipercayai diseludup masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Suspek di tahan bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksten 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, PGA terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya