Pasar lokal hidupkan nostalgia kemeriahan pekan lama Kangar

Pasar lokal hidupkan nostalgia kemeriahan pekan lama Kangar

KEWUJUDAN pasar lokal Kangar Street Art menghidupkan kembali suasana malam di pekan lama Kangar yang sebelum ini sunyi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Suasana suram dan sunyi menjelang malam di pekan lama Kangar kembali hidup dan bertukar meriah dengan kewujudan pasar lokal yang menghimpun peniaga tempatan selain disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik di Kangar Street Art di sini.

Penganjuran pasar lokal Ka­ngar Street Art itu berlangsung pada setiap hujung minggu dari Jumaat sehingga Ahad yang diadakan sebulan dua kali khususnya pada awal dan hujung bulan.

Kewujudan pasar lokal itu sentiasa menarik perhatian pe­ngunjung memenuhi lokasi berkenaan sepanjang ia berlangsung sekali gus turut mengembalikan suasana pekan lama Kangar yang penuh nostalgia.

Pasar itu juga membuka peluang kepada peniaga atau vendor-vendor khususnya dari negeri ini mencari rezeki berikutan sambutan yang sangat memberangsangkan.

Selain kopi dan makanan pelbagai jenis terdapat juga barangan lain yang dijual. Antaranya ia termasuklah pakaian terpakai, kraf dan pelbagai lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganjurnya, Juliana Arianti Armain berkata, pasar lokal berkenaan membabitkan penglibatan kira-kira 30 peniaga atau vendor khususnya dari negeri ini.
Katanya, pasar berkenaan juga memberi ruang kepada peniaga bagi bersama-sama mencari rezeki selain usaha membantu menghidupkan kembali suasana malam di pekan lama Kangar.

“Kita anjurkan pasar lokal berkenaan sebulan dua kali menerusi pelbagai tema yang menarik. Alhamdulilah sambutan yang diterima sangat baik setiap kali penganjurannya. Pelbagai aktiviti kesenian juga diadakan selain penglibatan persatuan pelukis negeri.

“Maklum balas dari peniaga juga sangat baik di mana pasar berkenaan bukan sahaja sebagai peluang mereka menjana rezeki malah turut membantu mengembangkan jenama perniagaan ma­sing-masing,” katanya.

Seorang pengunjung, Sharul Azhar Kassim,25, berkata, dia tidak melepaskan peluang me­ngunjungi pasar berkenaan setiap kali dianjurkan pada hujung ming­gu.

“Pekan lama Kangar pada waktu malam selalunya sunyi sepi namun dengan adanya pasar ini, ia memeriahkan suasana malam di pekan yang penuh nostalgia ini.

“Jika dahulu, pekan lama Ka­ngar ini cukup meriah khususnya pada hari minggu namun suasana seperti itu sudah tidak dirasai lagi dan dengan kewujudan pasar ini sekurang-kurangnya membantu meriahkan kembali kawasan ini. Suasana di sini cukup sesuai untuk kita bersantai sambil menikmati pelbagai jenis aktiviti kesenian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya