Pasangan kembar kongsi kenangan indah terima ijazah

Pasangan kembar kongsi kenangan indah terima ijazah

PASANGAN kembar bergambar bersama selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Ke-19 di Dewan Ilmu, Pauh Putra, Arau, Perlis semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pasangan kembar mencipta kenangan indah bersama dengan berkongsi pentas me­nerima ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Ke-19 di sini, semalam.

Nurul Aini Suhaini dan kembarnya, Nurul Ain Suhaini, 24, diraikan bersama dalam majlis tersebut selepas berjaya menamatkan pengajian di universiti berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nurul Aini berkata, sejak kecil, dia dan pasangan kembarnya itu tidak pernah berpisah malah turut melakukan pelbagai aktiviti bersama.

“Sejak dari bangku sekolah sehinggalah melanjutkan pe­ngajian di matrikulasi dan Unimap, kami berdua memang tidak pernah berpisah.

“Pada 2020, kami menyam­bung pengajian di Unimap dan turut belajar dalam bidang sama walaupun berlainan kelas,” katanya di sini, semalam.

Tambah anak kelahiran Parit Buntar, Perak itu, sebelum ini, dia dan kembarnya juga sering menghabiskan masa bersama mengulang kaji pelajaran.

“Kami sering ulangkaji bersama-sama bagi memudahkan proses pembelajaran sekiranya tidak memahami sesuatu perkara,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Aini berkata, buat masa ini, dia dan kembarnya mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian di Unimap.

Dia turut mengucapkan te­rima kasih kepada Unimap ke­rana membuka peluang kepada mereka menyambung pengajian di universiti tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya