PARLIMEN: TVET diperkenal pada murid tahun satu mulai 2027

PARLIMEN: TVET diperkenal pada murid tahun satu mulai 2027

WONG KAH WOH - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memasukkan elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui Kurikulum Persekolahan 2027.

Dalam pada itu, elemen TVET tersebut akan diserap bermula dari murid tahun satu di sekolah rendah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, murid sekolah rendah akan diperkenalkan dengan elemen TVET menerusi pembelajaran bersepadu yang menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dalam bidang sains, teknologi, digital, seni visual, muzik dan pendidikan kesihatan.

“Seterusnya, bagi murid di tahun lima dan tahun enam, mereka akan mempelajari pembelajaran asas disiplin ilmu TVET seperti teknologi, sains rumah tangga, kejuruteraan, pengaturcaraan dan pertanian.

“Pembelajaran dilaksanakan berasaskan projek yang membolehkan murid mengetahui, memahami dan meneroka aplikasi teknologi dan digital dalam pelbagai bidang,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) mengenai adakah KPM berhasrat memperkenalkan laluan program TVET seawal usia tingkatan satu bagi memberi peluang kepada pelajar memilih bidang kemahiran yang mereka minati.

Wong berkata kandungan, kemahiran dan nilai daripada pelbagai bidang teknologi dan digital akan dikembangkan lagi kepada murid di peringkat menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua dan tiga bagi mengenali potensi diri, seterusnya mendorong minat mereka dalam bidang TVET.

“KPM yakin, melalui inisiatif yang dilaksanakan mampu memberi pendedahan awal dan memberi peluang kepada murid memilih bidang TVET selepas tamat pendidikan menengah rendah iaitu tamat tingkatan tiga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya