Parlimen: Kerajaan tekad tangani isu buli UPNM - Khaled

Parlimen: Kerajaan tekad tangani isu buli UPNM – Khaled

KHALED NORDIN - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) walaupun tidak banyak iaitu pada tahun 2021 dan 2022 masing-masing  hanya satu kes tetapi kerajaan akan memberi fokus untuk memastikan kes tersebut tidak berlaku.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pada tahun ini  kejadian buli di UPNM hangat sebab dilaporkan ada dua kes.

“Kalau tengok 2022, hanya ada satu kes, 2023 ada satu kes, yang penting adalah kita perlu memastikan agar perkara ini tidak berlaku lagi, tidak ada kadet senior yang bertindak menggunakan kekerasan, buli junior dan sebagainya.

“Apa yang kita akan lakukan adalah,  kita akan dedahkan mengenai bentuk kesalahan hukuman berat akan dikenakan, mengenai keseriusan kesalahan bersubahat, mana-mana pihak yang menyembunyikan kesalahan yang berlaku.

“Soal mangsa ini tidak ada masalah, kita akan pastikan mereka akan kembali menjadi normal,” katanya bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Onn meminta penjelasan adalah kementerian menyediakan program pemulihan sokongan dan psikologi di Institusi Pertahanan dan sejauh mana keberkesanannya.

Mengulas lanjut mengenai kes buli yang berlaku, Mohamed Khaled berkata, pihaknya sudah mempunyai keputusan dan ia perlu disahkan oleh Majlis Angkatan Tentera.

“Apa yang kita lakukan adalah kita akan dedahkan, akan hebahkan mengenai bentuk kesalahan serta hukuman berat akan dikenakan. Kes yang ada ini memang sudah ada keputusan yang perlu disahkan oleh Majlis Angkatan Tentera bila bersidang kelak.

“Soal kena buang, kena bayar balik denda, soal kena keluar asrama..keputusan telah diambil untuk disahkan,” katanya lagi.

Terbaharu untuk rekod, pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di mahkamah kerana mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas bakal berdepan hukuman termasuk diberhentikan pengajian dan membayar balik semua wang tajaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya