PARLIMEN: Kerajaan rancang guna AI dalam sektor perundangan negara

PARLIMEN: Kerajaan rancang guna AI dalam sektor perundangan negara

AZALINA OTHMAN SAID - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bersedia dan merancang untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor perundangan bagi meningkatkan kecakapan perkhidmatan dan memudahkan proses penggubalan perundangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kelebihan penggunaan AI tidak akan mengambil alih peranan serta kelebihan manusia secara umum.

Namun beliau berkata, kerajaan perlu bersedia dan membuat perancangan dalam menggunakan teknologi AI dalam sektor perundangan.

“Kerajaan sedar kepentingan sektor perundangan dalam negara yang perlu bergerak sejajar dengan perkembangan teknologi khususnya berkaitan AI yang sedang meluas dalam pelbagai sektor.

“Penggunaan AI dalam sektor perundangan dilihat dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memudahkan proses pengubalan perundangan dengan keupayaan data serta menjimatkan tempoh masa kerja yang digunakan.

“Dalam mengenali kelebihan penerima pakai AI bahawa secara peribadi saya juga berpendirian AI tidak akan mengambil alih peranan serta kelebihan manusia secara umum.

“Bagaimanapun kerajaan perlu bersedia dan membuat perancangan,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) adakah kerajaan bersedia menerima pakai teknologi AI dalam sektor perundangan dan perkhidmatan undang-undang dalam negara.

Tambah Azalina, sebarang polisi khususnya berkaitan pemakaian AI dalam negara wajar diambil kira cabaran-cabaran jika memakainya merangkumi isu kebolehan, terimaan, keterangan digital yang melibatkan kandungan sulit.

“Jika kita dilihat negara-negara lain di dunia, terdapat juga sedikit sebanyak di Amerika Syarikat (AS), China, Brazil, Belanda, United Kingdom (UK), Kanada dan Singapura sudah menggunakannnya.

“Di mana pemakaiannya tertakluk kepada aspek mahkamah, mahkamah kecil, tuntutan kecil ataupun persediaan dokumen memberi penilaian kepada kemampuan bantuan guaman.

“Juga dilihat dalam aspek merangka keputusan dalam rumusan data-data yang begitu banyak,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya