PARLIMEN: Kafe Parlimen diarah tutup sementara kerana tidak bersih

PARLIMEN: Kafe Parlimen diarah tutup sementara kerana kotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua meja dan kerusi di kafeteria di Parlimen dipindahkan ke kawasan lain pagi ini berikutan diarah tutup sementara bermula petang semalam.

Arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tempoh 14 hari.

Tinjauan mendapati arahan itu ditampal di pintu kafeteria dan menurut perintah penutupan, pegawai kesihatan memberi masa sehingga 26 November ini kepada pengurusan kafeteria untuk membersihkan kawasan di sekelilingnya sebelum KKM menentukan tindakan lanjut sebelum ia boleh beroperasi semula.

Penutupan kafeteria itu sekali gus memberi kesukaran kepada ahli Parlimen, kakitangan dan media yang bertugas sepanjang persidangan Dewan Rakyat ketika ini.

Bagaimanapun, menurut pengurusan Parlimen, pihaknya meminta semua pihak untuk pergi ke kafe lain terletak di blok ahli Parlimen dan pentadbiran atau sebuah lagi kafe di bahagian blok sementara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya