ISLAMABAD: Bandar kedua terbesar di Pakistan, Lahore, akan menutup sekolah rendah selama seminggu akibat tahap pencemaran udara yang mencapai rekod tertinggi. Bandar dengan 14 juta penduduk itu berdepan jerebu teruk dan pencemaran yang disebabkan oleh asap diesel berkualiti rendah dan pembakaran pertanian bermusim. Menurut data IQAir, indeks kualiti udara, yang mengukur pelbagai jenis pencemaran, direkodkan melebihi 1,000 pada Sabtu lalu – jauh di atas paras 300 yang dianggap berbahaya. Kerajaan Punjab juga mencatatkan bacaan melebihi 1,000 pada semalam, yang disifatkan tidak pernah berlaku sebelum ini. “Ramalan cuaca untuk enam hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya