ISLAMABAD: Pasukan tentera dikerah berkawal di Islamabad dengan arahan untuk menembak penunjuk perasaan yang bertindak ganas, ketika pertempuran maut antara polis dan penyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan meningkat di ibu negara. Pihak berkuasa Pakistan melancarkan operasi keselamatan besar-besaran di ibu negara semalam dan isteri bekas pemimpin itu, Bushra Bibi yang mengetuai protes berkenaan dilaporkan sudah melarikan diri. Kerajaan berkata, sekurang-kurangnya tujuh anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam keganasan itu, ketika beribu-ribu penunjuk perasaan berarak ke Islamabad untuk menuntut pembebasan Imran dari penjara. Pegawai hospital memberitahu media tempatan, sekurang-kurangnya empat orang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya