Pakar sejarah Zainal Kling meninggal dunia

Pakar sejarah Zainal Kling meninggal dunia

Zainal Kling
ZAINAL KLING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pakar sejarah negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling meninggal dunia pada pukul 4.30 pagi tadi di Hospital Shah Alam.

Bekas Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Jenazah allahyarham akan dibawa untuk dimandi, dikafan dan dekat Surau Seksyen 3, di sini.

Terdahulu anak beliau, Reza Zainal berkata, ayahnya sebelum ini dibawa ke unit kecemasan hospital tersebut selepas keadaan kesihatannya merudum akibat komplikasi diabetik yang dialaminya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN