Pakar bedah MSF ditahan Israel dalam serbuan di utara Gaza

Pakar bedah MSF ditahan Israel dalam serbuan di utara Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Badan amal perubatan, Doktor Tanpa Sempadan (MSF) memaklumkan seorang doktornya yang bertugas di sebuah hospital utara Gaza ditahan oleh tentera Israel.

Mohammed Obeid, pakar bedah ortopedik MSF yang bekerja di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, ditahan semasa serbuan tentera Israel pada 26 Oktober lalu, menurut MSF.

“Kami amat bimbang dengan penahanan rakan sekerja kami.

“Kami menggesa keselamatan dan perlindungan rakan sekerja kami, serta semua kakitangan perubatan di Gaza yang bekerja dalam keadaan menghadapi keganasan dahsyat ketika mereka berusaha memberikan rawatan,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan serangan tentera Israel di Hospital Kamal Adwan semalam, mencederakan empat pegawai perubatan.

Kerosakan besar dilaporkan dalam serangan yang menyasarkan tingkat tiga hospital, di mana ubat-ubatan dan peralatan perubatan disimpan.

Pengarah hospital, Dr. Hossam Abu Safiya berkata, empat pegawai perubatan melecur akibat serangan itu.

“Serangan ini menyebabkan kebakaran di bahagian yang menempatkan pesakit dan bekalan perubatan.

“Kami terpaksa meninggalkan pesakit untuk mati kerana operasi pembedahan dihentikan,” katanya yang menyifatkan keadaan di dalam hospital sebagai ‘malapetaka’.– AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya