Padi ditenggelami banjir, pesawah rugi hampir RM1 juta - Utusan Malaysia

Padi ditenggelami banjir, pesawah rugi hampir RM1 juta

Sebahagian daripada petani menunjukkan kawasan sawah padi mereka yang ditenggelami banjir di Kampung Luar dan Tersang di Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Tersang di sini mendakwa kerugian hampir RM1 juta selepas tanaman padi seluas 121 hektar diusahakan mereka ditenggelami banjir.

Kerugain itu didakwa berpunca daripada pembinaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok yang mengakibatkan banjir lambat surut.

Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kampung Luar, Azli Jaafar berkata, situa­si itu menyebabkan padi yang hanya menunggu masa untuk dituai, ditenggelami banjir sedalam 0.5 meter selama lima hari.

“Keadaan ini mengakibatkan kerja-kerja menuai tidak dapat dijalankan kerana jentera menuai tak boleh nak masuk disebabkan air terlalu dalam,” katanya di sini semalam.

Beliau mendakwa mengalami kerugian hampir RM70,000 apabila tanaman padinya seluas 40 hektar ditenggelami air.

Pesawah, Che Jailani Che Harun, 53, berkata, masalah air lambat surut menyebabkan padi yang diusahakannya gagal di­selamatkan.

Katanya, ekoran itu dia mengalami kerugian sebanyak RM30,000 apabila padi seluas empat hektar diusahakan terjejas.

Sementara itu, pesawah, Zahari Harun, 70, berharap kerajaan mencari jalan menyelesaikan masalah dialami mereka itu lantaran tidak sanggup lagi berdepan kerugian secara berterusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya