Orang Asli masih trauma bah kuning

Orang Asli masih trauma bah kuning

JALAN tanah di kawasan penempatan Orang Asli Pos Balar, Gua Musang, Kelantan rosak akibat hujan. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman daerah ini mengakui masih trauma dengan banjir besar iaitu ‘bah kuning’ yang melanda seluruh negeri walaupun kejadian itu sudah 10 tahun berlalu.

Hassan Achoi, 44, berkata, ketika itu kawasan berhampiran dengan penempatan mereka mengalami banjir lumpur, hakisan bukit, jambatan runtuh serta tanaman diusahakan musnah.

“Kejadian itu masih segar dalam ingatkan saya sehingga hari ini. Oleh demikian, sejujurnya kami bimbang jika banjir yang berlaku 10 tahun lalu kembali berulang.

“Situasi itu, menyebabkan penduduk di kawasan Orang Asli terputus hubungan luar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Penduduk Orang Asli Pos Bihai, Jetpeline Asud, 34, pula memberitahu, sesetengah penduduk sudah menanam ubi kayu yang boleh dituai pada bulan November atau Disember ini sebagai bekalan ketika banjir.

Katanya, masih ramai penduduk yang belum membuat persediaan dan berharap agar pelbagai pihak termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu menyalurkan bekalan makanan sebelum musim tengkujuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya