Negeri Sembilan perlu tumpu pembangunan perindustrian, tambah hasil negeri - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan perlu tumpu pembangunan perindustrian, tambah hasil negeri

ANTHONY Loke Siew Fook pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 pada hari ketiga, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan dicadang supaya memberi fokus kepada pembangunan perindustrian dalam usaha menambah kutipan hasil negeri seterusnya dapat memacu kemajuan dan membiayai pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat.

Anthony Loke Siew Fook (PH-Chennah) menjelaskan, banyak negeri khususnya di Semenanjung Malaysia tidak terkecuali Negeri Sembilan menghadapi kekangan kewangan dan perlu ada hala tuju lebih besar untuk Negeri Sembilan menambahkan hasilnya.

“Walaupun Negeri Sembilan dapat banyak tempias daripada segi peruntukan pembangunan kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan negeri perlu ada sumber-sumbernya sendiri untuk memacu pembangunan, justeru saya mencadangkan supaya hala tuju yang paling penting kepada kerajaan negeri adalah supaya terus memberi fokus kepada pembangunan perindustrian.

“Kerana dengan adanya pembangunan perindustrian yang berterusan maka hasil negeri akan bertambah kerana yang pertama sesuatu tanah itu dibangunkan sudah tentu tanah itu ada conversion (penukaran), apabila ada conversion maka premium tanah dibayar kepada kerajaan negeri dan selepas itu cukai tanah juga perlu dibayar mengikut tapak industri, sudah tentu itu merupakan recurring income (pendapatan berulang) berterusan kepada negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 pada hari ketiga, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini hari ini.

Siew Fook menjelaskan lagi Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang paling hampir dengan Lembah Klang mempunyai potensi yang cukup besar bagi menarik pelaburan baharu.

“Negeri Sembilan dekat dengan Kuala Lumpur, KLIA, Pelabuhan Klang, semua itu adalah faktor positif justeru  saya harap bahwa kerajaan negeri dapat melipat gandakan usaha untuk menyediakan tapak-tapak industri yang diketahui semua kawasan perindustrian di negeri ini memang laris.

“Saya harapkan fokus kita adalah untuk terus membangunkan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri industri yang berdaya saing dan maju kerana pendekatan ini dapat memberikan lebih peluang pekerjaan kepada rakyat dan menarik lebih ramai orang duduk di negeri ini, hasil kerajaan ini juga bertambah kerana cukai langsung dan premium akan bertambah,

“Kita juga memerlukan pertambahan penduduk kerana daripada segi demografi kita negeri kecil hanya satu juta penduduk. Lebih ramai rakyat, akan lebih ramai beli rumah di Negeri Sembilan sudah tentu cukai taksiran dan lain-lain juga akan bertambah,” menurutnya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya