Negara tidak patuh resolusi PBB perlu disingkir - Anwar

Negara tidak patuh resolusi PBB perlu disingkir – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Anwar Ibrahim mencadangkan mana-mana negara tidak mahu mengiktiraf resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) disingkirkan daripada badan dunia itu.

Tanpa menyebut nama negara, tetapi merujuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, Perdana Menteri berkata, mengusir negara tersebut adalah satu-satunya pilihan yang ada, lapor Bernama.

“Kita berdepan dengan situasi yang kompleks kerana penolakan Israel untuk memberikan bantuan kemanusiaan sehingga berlaku pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Kita telah mengambil pendirian sangat tegas dalam hal ini untuk membantah dengan serius. Sebenarnya, saya telah mengemukakan idea bahawa apabila sesebuah negara menolak untuk mengiktiraf peraturan atau resolusi Majlis Keselamatan PBB, satu-satunya pilihan adalah menyingkirkan mereka dari PBB.

“Ada pandangan yang perlu dipertimbangkan, tetapi saya faham betapa kompleksnya situasi ini kerana seperti yang Presiden (El-Sisi) katakan, keutamaan beliau adalah untuk menghentikan permusuhan,” katanya pada sidang media bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi selepas pertemuan dua hala di Istana Al-Ittihadiya di sini, pada Ahad.

Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas El-Sisi sempena lawatan rasmi empat harinya ke Mesir bermula Sabtu.

Beliau turut mewakili rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada presiden dan rakyat Mesir atas bantuan mereka dalam memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan Malaysia kepada Palestin di Gaza berjalan lancar.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya