MSU Modest Selangor Runway 2024 pamer bakat siswa

MSU Modest Selangor Runway 2024 pamer bakat siswa rekaan fesyen

MSU Fesyen
MOHD. Shukri Ab. Yajid hadir pada MSU Modest Selangor Runway 2024 sempena MSU Fashion Week 2024 di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Management and Science University (MSU) membuka ruang kepada mahasiswanya dalam pendedahan antarabangsa melalui pengalaman pembelajaran, pentas peragaan dan komersial pada MSU Fashion Week 2024 yang berlangsung sehingga hari ini.

Program yang dianjurkan melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA) itu turut memberi peluang kepada mahasiswa bagi memperagakan rekaan pakaian masing-masing pada acara kemucak iaitu MSU Modest Selangor Runway 2024.

Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, program yang memasuki edisi ke-2 dianjurkan di universiti itu sendiri selepas ia kali pertama diadakan pada tahun lalu di Central i-City.

“Kali ini, ia melibatkan rakan kerjasama dengan mahasiswa, alumni MSU, UEDA College of Fashion dan rakan-rakan industri lain yang turut mengadakan sesi perbincangan dengan pemain industri, bengkel peragaan fesyen, bengkel solekan kecantikan wajah dan sebagainya.

“MSU Modest Selangor Runway 2024 merupakan aktiviti kemuncak kepada MSU Fashion Week pada kali ini, sebanyak 49 helai pakaian rekaan 20 mahasiswa Bachelor in Fashion Design with Marketing (Hons) dan Diploma in Fashion Design,” katanya ketika berucap pada MSU Modest Selangor Runway 2024 di MSU, semalam.

Tambahnya, selain peluang tersebut, terdapat sembilan mahasiswa pusat pengajian berkenaan menyertai Guliacarla Cecchi International Competition of Fashion Tenth Edition di Florence, Itali pada 13 November lalu.

“Lebih membanggakan apabila dua daripada mereka, iaitu Arina Zahiralmas dan Indah Sharas Wati layak ke peringkat akhir pertandingan itu.

“Justeru, tahniah kepada kesemua mahasiswa yang menyertai pertandingan berkenaan kerana mengharumkan nama MSU di peringkat dunia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri menegaskan MSU kini dalam proses melahirkan graduan fesyen yang mampu memasarkan produk pakaian mereka sendiri di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, industri fesyen dan pakaian kini semakin berkembang dan hal ini dibuktikan kajian sebuah badan penyelidik yang menyatakan jualan pakaian pada tahun lalu meningkat sebanyak 19 peratus berbanding tahun 2022.

Beliau juga menyeru supaya graduan fesyen selepas ini untuk mencipta pakaian mesra alam, yang mana pakaian tersebut dapat mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya