MTL: Polis tumpu kawasan risiko banjir, tanah runtuh

Monsun Timur Laut: Polis tumpu kawasan risiko banjir, tanah runtuh

Monsun Timur Laut
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Polis mengenal pasti kawasan tumpuan yang berisiko berlaku banjir dan tanah runtuh  sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis bersiap sedia termasuk dari segi aset dan kekuatan sumber manusia untuk membantu mendepani sebarang kemungkinan yang berlaku di seluruh negeri.

“Polis sudah pun memulakan persiapan, dua minggu lepas kita ada mesyuarat dengan agensi-agensi lain dan kita sudah pun bersiap sedia menangani MTL di peringkat daerah dan negeri.

“Dari segi persiapan bot-bot yang bersedia dan juga kekuatan sumber manusia, memang kita sudah bersiap sedia. Hotspot ada juga kita sudah kenal pasti dan juga jumlah kekuatan yang kita standby termasuk aset-aset nanti saya akan kongsikan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Selangor antara Asisten Komisioner Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh dengan Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin yang akan memangku jawatan itu.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, MTL kali ini dijangka berisiko membawa hujan lebih ekstrem disebabkan peningkatan suhu dunia, perubahan iklim dan pemanasan global.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebelum ini meramalkan kebarangkalian berlakunya fenomena La Nina pada tahun ini adalah pada kadar 71 peratus walaupun belum mengisytiharkannya lagi.

Felo Akademi Sains Malaysia, Dr. Fredolin Tangang berkata, ramalan itu dikeluarkan berdasarkan keadaan corak suhu anomali permukaan laut di Lautan Pasifik menyamai fenomena La Nina.

Malah, Kerajaan Selangor sebelum ini dilapor melaksanakan pengurangan kapasiti simpanan air empangan melalui pelepasan secara optimum bagi menghadapi musim MTL di kesemua tujuh empangan di negeri ini dilakukan pada 16 Ogos lalu hingga hujung bulan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya