Mohd. Khamil Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM baharu

Mohd. Khamil Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM baharu

Pengerusi UiTM
MOHD. Khamil Jamil menerima surat pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM daripada Zambry Abdul Kadir dekat pejabatnya di Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Pengerusi DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom), Tan Sri Mohd. Khamil Jamil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa semalam.

Beliau menerima surat pelantikan tersebut semalam daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bagi tempoh tiga tahun sehingga 3 November 2027 menggantikan Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Ros.

Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataannya berkata Mohd. Khamil mempunyai pengalaman luas dalam dunia korporat dan pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad selama sepuluh (10) tahun dari tahun 2006.

“Beliau berkelulusan dalam bidang undang-undang dari University of London dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif DRB-HICOM Berhad, Pos Malaysia Berhad dan Proton Holdings Berhad sepanjang tempoh 2016 hingga 2018.

“Selain itu, Mohd Khamil juga bukanlah figura baharu dalam dunia pendidikan tinggi negara. Semasa berkhidmat di DRB-HICOM, beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pro-Canselor DRB-HICOM University of Automotive Malaysia,” katanya, hari ini.

Tambahnya, beliau juga pernah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dari tahun 2013 hingga 2014 dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dari tahun 2014 hingga 2016.

“Kementerian yakin dengan pelantikan Mohd. Khamil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM akan dapat meningkatkan tadbir urus profesional UiTM menerusi perencanaan baharu melibatkan pelbagai sektor berkepentingan bagi memperkukuh universiti itu agar lebih berdaya saing sebagai sebuah universiti komprehensif di Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, KPT memaklumkan pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Raduan atas sumbangan beliau sepanjang menerajui UiTM sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya