MINDEF ambil kira negara terlibat UNIFIL sebelum pindah anggota MALBATT

MINDEF ambil kira negara terlibat UNIFIL sebelum pindah anggota MALBATT

ADLY Zahari (kiri) menyampaikan sumbangan bakul makan kepada veteran tentera semasa Program Veteran Desa Madani Peringkat Jajahan Tanah Merah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bechah Laut, Tanah Merah, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan segala tindakan dan keputusan yang diambil termasuk pemindahan anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) susulan insiden serangan berhampiran Stadium Saida, Lubnan, kelmarin yang mengakibatkan enam anggota­ cedera akan mengambil kira semua negara yang terbabit dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Timbalannya Adly Zahari berkata, hal ini kerana UNIFIL merupakan badan yang menyelaras operasi berkenaan.

“Oleh yang demikian, segala tindakan akan mengikut tanggungjawab yang telah disepakti dalam UNIFIL.

“Namun begitu, MINDEF akan memastikan tempat perlindungan anggota berada dalam keadaan selamat,” katanya semasa sidang media Program Veteran Desa Madani Peringkat Jajahan Tanah Merah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bechah Laut, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adly memberitahu, MINDEF tidak akan membawa pulang anggota yang mengalami kecederaan.

Katanya, anggota terlibat diberikan rawatan sebaik mungkin supaya mereka dapat terus berkhidmat membawa tanggungjawab negara kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kita (MINDEF) sentiasa berkomunikasi dengan anggota supaya perkembangan terbaru dapat dikemas kini.

“Hasil daripada maklumat terkin ini dijadikan sebagai rujuk untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, kejadian itu berlaku ketika konvoi MALBATT 850-12 sedang dalam perjalanan dari Beirut ke Kem Marakah pada pukul 1.54 petang waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia.

Serangan itu dilapor menyasarkan kenderaan awam lain yang menuju ke Beirut, namun turut menyebabkan kerosakan pada bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.

Ekoran kejadian itu, seorang anggota yang cedera di tangan sedang menerima rawatan di Hospital Hamood di Saida, manakala lima lagi anggota yang cedera ringan, selamat sampai ke Kem Marakah.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya