Michelle Yeoh dedah tidak mampu miliki zuriat

Michelle Yeoh dedah tidak mampu miliki zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kekecewaan terbesar saya adalah apabila saya tidak mampu memiliki zuriat.”

Demikian luahan pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh, 62, apabila baru-baru ini diajukan soalan mengenai cahaya mata.

Yeoh bagaimanapun bersyukur kerana meskipun ditakdirkan tidak memiliki cahaya mata, beliau masih berpeluang menjadi ibu angkat kepada enam anak, termasuk kepunyaan bekas suaminya, Dickson Poon hasil perkahwinan terdahulu.

“Mungkin itu kekesalan paling besar dalam hidup saya, iaitu saya tidak mampu memiliki zuriat.

“Tapi, saya diberkati dengan enam anak angkat dan anak-anak saudara yang ramai.

“Saya tidak hidup dalam kekesalan kerana saya telah berikan 110 peratus kepada kehidupan saya,” katanya kepada akhbar Sunday Times.

Yeoh, yang mengahwini suaminya, Jean Todt pada tahun lepas selepas dua dekad bersama, mendedahkan isu mendapatkan zuriat itu menjadi punca perceraiannya dengan Poon.

“Bekas suami saya mahukan keluarga yang besar, dua hingga tiga anak untuk meneruskan legasinya.

“Kami telah melakukan pelbagai cara untuk memiliki anak. Malangnya, saya tidak mampu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN