MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri - Utusan Malaysia

MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan sehingga 4 petang ini.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan di Facebook pada 12.30 tengah hari ini, keadaan cuaca dijangka melanda seluruh Johor, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Manakala, di Kelantan, cuaca berkenaan dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok, Terengganu (Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Bentong, Bera, Pekan, Maran, Kuantan dan Rompin).

Di Sarawak pula, amaran itu melibatkan Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang.

Malah, turut dijangka mengalami cuaca sama iaitu di Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Tuaran, Kota Belud, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Semporna, Kinabatangan dan Pitas di Sabah.

Menurut kenyataan itu, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka melebihi sejam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya