Mesir, Malaysia sepakat tingkat hubungan dua hala - Utusan Malaysia

Mesir, Malaysia sepakat tingkat hubungan dua hala

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Mesir bersepakat meningkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua negara juga komited memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang demi kepentingan dan manfaat bersama.

Justeru katanya bagi mencapai matlamat ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Suruhanjaya Bersama dan Perundingan Dua Hala pada 2025.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi juga bersetuju memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan tinggi, hal ehwal budaya, pertahanan dan keselamatan, agro-komoditi serta pelancongan.

“Selain itu, bagi meningkatkan hubungan strategik Malaysia dan Mesir ke tahap lebih tinggi,Kedua-dua pemimpin mengiktiraf potensi ekonomi masing-masing dan menyatakan keyakinan terhadap pertumbuhan berterusan nilai perdagangan dan dua hala aktiviti pelaburan,” menurut kenyataan itu.

Anwar sebelum ini mengadakan kunjungan hormat kepada Abdul Fattah El-Sisi di kediaman rasmi presiden sempena lawatan empat hari beliau ke Mesir.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, Anwar menzahirkan penghargaan terhadap Abdel Fattah El-Sisi, kerajaan dan rakyat Mesir dengan berakhirnya lawatan beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya