Maut disengat tebuan masuk dalam telekung sebelum solat

Maut disengat tebuan masuk dalam telekung sebelum solat

Seorang warga emas maut disengat tebuan di rumahnya di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai disengat seekor tebuan yang dikatakan masuk ke dalam telekungnya di Taman Semarak, di sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa, Rohani Mohd Shariff, 61, sedang menanti masuk waktu solat Isyak di ruang tamu rumah.

Seekor tebuan dikatakan terjatuh selepas terkena kipas siling sebelum masuk ke dalam tele­kung dipakainya.

Difahamkan, mangsa yang terkejut cuba menepis sebelum disengat serangga itu menyebabkan dia mengalami kesakitan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian disedari anak lelaki mangsa yang baru pulang ke rumah.

“Mangsa memaklumkan anak­nya dia disengat tebuan sebelum menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan ambulans.

“Bagaimanapun mangsa yang merupakan isteri kepada seorang pesara tentera itu meninggal dunia ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati mangsa tidak mempunyai rekod kesihatan sebelum ini dan pemeriksaan pada badan mangsa menemukan satu kesan sengatan sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya