Mas Ermieyati, Rahim Tamby Chik tepati ramalan

Mas Ermieyati, Rahim Tamby Chik tepati ramalan

Mas Ermieyati Samsudin bersama Nazri Ramli (kiri) yang menang jawatan Timbalan Ketua Bahagian dan Roslan Jonet yang menang jawatan Naib Ketua Bahagian selepas pemilihan di Lovita Tanjung Bidara Beach Resort, Masjid Tanah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seperti yang diramalkan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengekalkan jawatan Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah buat penggal kedua pada pemilihan bahagian itu kelmarin.

Mas Ermieyati tidak berdepan laluan sukar dalam pertandingan satu lawan satu apabila meraih 150 undi manakala pencabarnya, Rosni Samion pula hanya mendapat empat undi manakala satu undi rosak.

Beliau yang baru dipilih sebagai Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi penggal 2024-2027 selepas menang tanpa bertanding jawatan itu berkata, kemenangan mudah itu memang sudah dijangkakan lebih awal.

“Saya ucap terima kasih kepada ahli akar umbi yang percaya dengan kepimpinan saya dan insya Allah dengan kemenangan ini saya akan menyusun semula ahli jawatankuasa dan biro-biro supaya lebih berkesan,” ujarnya di sini semalam.

Sementara itu bekas Ketua Menteri Melaka keenam, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik juga menang jawatan Ketua Bersatu Bahagian Alor Gajah dalam pertandingan satu lawan satu.

Beliau meraih 105 undi manakala lawannya Mohd. Zamri Abu Bakar pula hanya meraih 56 undi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya