Malaysia komited majukan ekonomi bersama BRICS - Utusan Malaysia

Malaysia komited majukan ekonomi bersama BRICS

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Penyertaan Malaysia dalam BRICS didorong atas prinsip dasar masa depan bersama yang diterima baik dalam kalangan negara di Asia, Afrika, Amerika Latin dan Selatan Global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia komited memajukan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan negara-negara BRICS demi kesejahteraan bersama dan pembangunan global yang lebih seimbang.

“Kita mesti membina komuniti dengan masa depan bersama, untuk menegakkan keamanan dan keselamatan global, serta untuk berkongsi pengalaman, kepakaran, dan teknologi kepada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan beliau mengagumi ucapan Presiden China Xi Jinping dalam persidangan BRICS di Kazan Rusia baru-baru ini.

“Saya juga ingin memberi perhatian khusus kepada ucapan luar biasa XI Jinping pada Persidangan BRICS di Kazan baru-baru ini, di mana beliau menyeru, dalam semangat masa depan bersama, untuk menentang kuasa perpecahan,” katanya.

Anwar telah diberi penghormatan untuk berucap sebaik selepas ucapan Premier China, Li Qiang, sebelum diikuti lima pemimpin negara lain iaitu Perancis, Nicaragua, Arab Saudi, Tanzania dan Uzbekistan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam rangka lawatan kerja ke China selama empat hari hingga Khamis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya