Malaysia contohi China dalam penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN - Utusan Malaysia

Malaysia contohi China dalam penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Kerjasama serantau mampu diperkukuhkan Malaysia di samping mempromosi peranan inklusif sebaik mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia juga akan mengguna pakai prinsip masa depan bersama dan berwawasan yang diperjuangkan China dalam menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.

“Pendekatan itu akan membolehkan kita, ketika menjadi tuan rumah kepada Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN-GCC) untuk turut memasukkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan ASEAN-China yang akan membawa impak besar kepada hala tuju pertumbuhan serantau.

“Pendekatan ini juga akan memberi sumbangan besar ke arah mencapai keseimbangan global yang lebih baik dalam perdagangan ekonomi, pelaburan, dan kemajuan ekonomi,” katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 dan Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di sini, hari ini.

Anwar dalam masa yang sama berkata, sebagai ekonomi kelima terbesar dunia, ASEAN berpotensi menjadi pendorong pertumbuhan sosioekonomi inklusif yang membuka era baru kemakmuran lestari dan bersama.

“Seperti yang anda lihat di China, yang menggalakkan tadbir urus baik dan membasmi rasuah serta melaksanakan agenda reformasi sosioekonomi dan perindustrian, kami juga tidak meninggalkan sebarang usaha.

“Kami akan terus terinspirasi dengan kejayaan luar biasa Perdana Menteri, Li Qiang dalam membasmi kemiskinan yang jelas menandakan pencapaian besar dalam penstrukturan semula sosial,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Anwar mengesahkan komitmen Malaysia terhadap pendekatan kolaboratif dalam membentuk agenda reformasi di peringkat ASEAN

Katanya, ia termasuk memacu pembangunan di kawasan sempadan dengan negara jiran untuk memastikan kemakmuran bersama.

Ketika sesi Dewan Rakyat pula, beliau berkata, Malaysia akan memberi impak besar dengan menjadi tuan rumah kepada negara anggota GCC dan China.

Anwar berkata ini adalah kali pertama ASEAN menganjurkan persidangan dengan 10 negara anggotanya dan GCC, termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain, dan Kuwait bersama-sama dengan China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya